Montaj Kempen Anti Dadah

PROSIDAR:TAHUN 5:TOPIK 3

RINGKASAN MENGAJAR PROSIDAR:

TAHUN 5:

TOPIK : 3
TAJUK : Amalan gaya hidup sihat
MASA :
KELAS : Tahun 5
OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran , murid dapat :

i) menyatakan amalan-amalan hidup yang baik
ii) menyenaraikan aktiviti-aktviti yang berfaedah untuk mengisi masa lapang

ISI KANDUNGAN :
Amalan gaya hidup sihat

LANGKAH :
SET INDUKSI :
1. Guru menayangkan slaid 'keluarga bahagia'
2. Guru meminta murid-murid memberi pandangan tentang mesej slaid tersebut

LANGKAH 1 :
1. Guru menayangkan slaid yang menunjukkan amalan hidup yang salah dan berisiko
2. Guru menanyakan murid-murid tentang kesan yang akan wujud berdasarkan daripada gambar-gambar tersebut .

LANGKAH 2:
Guru memberikan penerangan amalan hidup sihat akan mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan gejala negatif seperti penggunaan dadah

LANGKAH 3:
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
2. Guru menayangkan slaid gaya hidup sihat kepada murid
3. Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan lima gaya hidup yang berisiko dan lima gaya hidup sihat
4. Wakil setiap kumpulan dipanggil untuk menampal hasil kerja tersebut

LANGKAH 4 :
1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan .
2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid .

PENUTUP:
Guru membuat rumusan bahawa gaya hidup seseorang akan mempengaruhi kejayaan hidupnya.

BAHAN BANTU MENGAJAR :
Slaid power point
Lembaran Kerja
kertas mahjung
marker pen

JURULATIH UTAMA PROSIDAR
DAERAH KLUANG

Cuma Lima Minit Anti Dadah di Sekolah

Mari menonton video klip.....

Dadah membunuh

Kempen Anti Dadah

Montaj Penyalahgunaan Dadah

Dari AADK

Dari AADK