Montaj Kempen Anti Dadah

TAJUK 1

Manusia telah menggunakan dadah sejak lama dahulu . Tarikh sebenar manusia mula menggunakan dadah dalam kehidupan seharian mereka amat sukar ditentukan .

SEJARAH PENGGUNAAN DADAH OPIAT
Dadah Opiat atau Narkotik ini telah digunakan oleh manusia sejak dahulu kala lagi . Dalam tahun 4000 SM telah mencatatkan sejarah penggunaan candu yang pertama di dunia . Catatan ini terdapat di batu berukir Sumeria dari Mesopotamia . Orang-orang Mesir juga telah menggunakan candu . Orang-orang Mesir juga telah menggunakan candu . Orang - orang Arab menggunakan candu sebagai ubat dan sebagai dadah yang menghayalkan . Dadah juga digunakan sebagai bahan pelali dalam pembedahan otak oleh orang dahulu kala .

Opiat diperolehi daripada getah buah Popi yang berasal dari negara-negara Timur Tengah dan Asia . Daripada getah buah popi ini akan menghasilkan candu , morfin , heroin dan kodien . dalam kurun Masihi ke-9 , pokok popi mula ditanam di India dan China . Ia tumbuh dengan suburnya . Kemudian penggunaan candu telah merebak ke Eropah melalui perkembangan perdagangan dan juga peperangan . Ketagihan Laudanum iaitu sejenis bahan larut alkohol yang mengandungi candu telah merebak ke Britain . Laudanum ini telah dihasilkan oleh Paracelsus yang berbangsa Swiss dalam tahun 1541 . Ia digunakan untuk melegakan kesakitan .

Dalam kurun ke-18 , orang Cina merupakan bangsa yang paling ramai menggunakan candu . Dinasti Manchu yang memerintah China pada masa itu telah cuba menghadkan pengimportan candu dari India , memandangkan ketagihan candu membahayakan kesihatan . Pada tahun 1839 , Kerajaan Manchu telah menahan kapal-kapal British yang membawa candu dan merampas muatannya . Peristiwa ini telah mencetuskan Perang Candu Pertama (1839-1842) di antara China dengan British . Peperangan ini ditamatkan dengan Perjanjian Nanking pada tahun 1842 . Kemudian pada tahun 1852 meletus pula Perang Candu Kedua (1852 - 1858 ) di antara China dengan British . Perang Candu Kedua ini ditamatkan dengan Perjanjian Tientsin pada tahun 1858 dan hasilnya candu boleh diimport ke China dengan dikenakan cukai yang tinggi . Keadaaan ini menyebabkan berlakunya penyeludupan candu ke negeri China dan jenayah-jenayah lain yang berkaiatan dengan pengedaran dan penyeludupan candu .

Penggunaan candu sebagai ubat telah digunakan di Britain dengan berleluasa . Pada tahun 1868 , Akta menghadkan penjualan candu kepada farmasi telah dikuatkuasakan . Pada tahun 1869 amaran kepada orang ramai menegnai bahaya candu ini telah dikeluarkan melalui 'Beeton's Book of Household management ' kerana penggunaan ubat yang mengandungi candu telah menjadi-jadi tetapi bahan - bahan ini terus digunakan dan mudah diperolehi di kedai-kedai ubat .

Dalam tahun 1806 Morfin telah dihasilkan dari candu oleh seorang ahli farmasi berbangsa Jerman yang bernama Wilhelm Seturner . Dalam Tahun 1853 , jarum suntikan telah diperkenalkan dan telah digunakan untuk menyuntik morfin . Dalam tahun 1874 , heroin dihasilkan dari morfin dan dalam tahun 1898 , ia mula dijual oleh Syarikat bayer di Jerman . Pada mulanya Heroin dipercayai tidak menagihkan dan telah digunakan dengan meluasnya di seluruh dunia tetapi akhirnya kesan ketagihan amat ketara sekali .

SEJARAH PENGGUNAAN DADAH KANABIS
Dalam tahun 2737 SM , pokok kanabis (ma) telah ditanam di negeri China untuk dijadikan bahan bagi membuat kain . Ini mengikut rekod yang bertulis semasa Pemerintahan maharaja Shen Nung . Selain daripada itu getah Kanabis juga digunakan oleh tabib-tabib Cina untuk mengubati penyakit sembelit , malaria dan lain-lain . Pada akhir kurun ke-2 SM , Hua Ta iaitu seorang pakar bedah Cina menggunakan bahan ini sebagai ubat pelali .

Mengikut ahli sejarah Greek iaitu Herodotus pada kurun ke-5 SM teradpat puak-puak nomad di satu kawasan yang menggunakan sebahagian dari Rusia sekarang telah menghisap kanabis untuk keseronokan . Di India pula , kanabis digunakan oleh golongan kasta di India . Mengikut buku 'sasruta' yang ditulis pada tahun 400 masihi , Kanabis digredkan kepada 3 gred .

Cuma Lima Minit Anti Dadah di Sekolah

Mari menonton video klip.....

Dadah membunuh

Kempen Anti Dadah

Montaj Penyalahgunaan Dadah

Dari AADK

Dari AADK