Montaj Kempen Anti Dadah

PROSIDAR:TAHUN 2:TOPIK 2

RINGKASAN MENGAJAR PROSIDAR:

TAHUN 2:

TOPIK : 2
TAJUK : Kenapa dilarang merokok.
MASA :
KELAS : Tahun 2
OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran , murid dapat :

i) menyebut secara lisan sebab - sebab dilarang merokok.
ii) menyatakan implikasi merokok daripada aspek kesihatan , ekonomi , agama dan sosial .
iii) memberitahu bahaya merokok kepada ahli keluarga dan rakan - rakan .

ISI KANDUNGAN :
Kenapa dilarang merokok daripada aspek:
- kesihatan
- ekonomi
- agama
- sosial

LANGKAH :
SET INDUKSI :
-sedutan video 'gelagat remaja' .
-guru bersoal jawab tentang klip video tersebut .

LANGKAH 1 :
Guru bersoal jawab tentang latar belakang keluarga yang merokok , pengetahuan sedia ada tentang rokok , pengalaman , sebab - sebab dilarang merokok .

LANGKAH 2:
1. Guru menayangkan klip video kesan merokok kepada kesihatan
2. Guru dan murid berbincang sebab - sebab dilarang merokok daripada aspek:

A.KESIHATAN:
10 jenis penyakit iaitu:
-kanser
-tekanan darah tinggi
-jangkitan saluran pernafasan
-angin ahmar
-penyakit gigi dan gusi
-penyakit mata
-ulser perut
-osteoporosis(tulang reput)
-arteriosclerosis(penyempitan saluran nafas)
-penyakit jantung

B.EKONOMI:
-pembaziran
-produktiviti berkurangan (letih , lesu, malas , membuang masa )
-kos perubatan tinggi

C.AGAMA:
-bertentangan dengan nilai-nilai murni semua agama

D.SOAIAL:
-runtuhnya nilai murni (berbohong , menipu , tidak berdisiplin dan lain - lain )
-kadar jenayah meningkat (mencuri , menipu)
-ponteng sekolah
-lepak
-vandalisme/gangsterisme
-buli


LANGKAH 3 :
1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan .
2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid .

PENUTUP:
Penekanan kenapa dilarang merokok dari aspek kesihatan , ekonomi , agama dan sosial . Merangsang kehidupan yang lebih bahagia dan harmoni .

BAHAN BANTU MENGAJAR :
Slaid power point
Lembaran Kerja
Klip video


JURULATIH UTAMA PROSIDAR
DAERAH KLUANG

Cuma Lima Minit Anti Dadah di Sekolah

Mari menonton video klip.....

Dadah membunuh

Kempen Anti Dadah

Montaj Penyalahgunaan Dadah

Dari AADK

Dari AADK