Montaj Kempen Anti Dadah

PROSIDAR:TAHUN 2:TOPIK 3

RINGKASAN MENGAJAR PROSIDAR:

TAHUN 2:

TOPIK : 3
TAJUK: Menjauhi rokok
MASA :
KELAS : Tahun 2
OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran , murid dapat :

i) menyatakan kandungan yang ada dalam sebatang rokok .
ii) menyenaraikan sekurang - kurangnya empat kesan merokok .
iii) menyebut cara - cara mengatasi tabiat merokok .

ISI KANDUNGAN :
1. Bahan yang terkandung dalam sebatang rokok.
2. Perbandingan orang yang merokok dan tidak merokok .
3. Langkah - langkah pencegahan tabiat merokok .

LANGKAH :
SET INDUKSI :
1. Guru mempamerkan poster "TAK NAK" .
2. Guru bersoal jawab berkaitan poster yang ditunjukkan .

LANGKAH 1 :
Guru menunjukkan gambar kandungan yang ada dalam rokok .

LANGKAH 2:
1. Tayangan slaid penyakit - penyakit akibat merokok .
2. Bersoal jawab berkaitan slaid di atas .

LANGKAH 3 :
1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan .
2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid .

PENUTUP:
-murid menyatakan semula cara mengatasi tabiat merokok .
-penegasan guru berkaitan cara mengatasi merokok .

BAHAN BANTU MENGAJAR :
Slaid power point
Lembaran Kerja
Klip video


JURULATIH UTAMA PROSIDAR
DAERAH KLUANG

Cuma Lima Minit Anti Dadah di Sekolah

Mari menonton video klip.....

Dadah membunuh

Kempen Anti Dadah

Montaj Penyalahgunaan Dadah

Dari AADK

Dari AADK