Montaj Kempen Anti Dadah

PROSIDAR:TAHUN 3:TOPIK 1

RINGKASAN MENGAJAR PROSIDAR:

TAHUN 3:

TOPIK : 1
TAJUK : Punca dan kesan merokok kepada tubuh badan .
MASA :
KELAS : Tahun 3
OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran , murid dapat :

i) menyatakan punca - punca merokok .
ii) menyatakan kesan-kesan merokokterhadap diri dan keluarga .

ISI KANDUNGAN :

A. Punca - punca merokok:
1. Ingin mencuba
2. Ingin membuktikan kedewasaan
3. Lemah jati diri
4. Pengaruh rakan sebaya
5. Mengikut tingkahlaku ibu bapa / idola
6. Pengaruh dari iklan
7. Mudah diperolehi
8. Mampu dibeli

B. Kesan - kesan merokok :
1. Punca penyakit berbahaya
2. Hubungkait dengan dadah
3. Masalah disiplin
4. Menjejaskan prestasi akademik dan kokurikulum
5. Stamina menurun dan kurang minat dalam aktiviti sukan sekolah
6. Menjejaskan penampilan diri

LANGKAH :
SET INDUKSI :
1. Guru menyalakan lingkaran ubat nyamuk di hadapan kelas .
2. Guru bertanyakan kepada murid tentang :
-warna api
-bau asap
-kesan asap ke atas manusia
-aktiviti-aktiviti lain yang mengeluarkan asap .

LANGKAH 1 :
Guru bertanya kepada murid tentang:
-ahli keluarga murid yang merokok
-murid yang pernah merokok
-sebab-sebab mereka merokok

LANGKAH 2:
Tayangan slaid berkaitan dengan punca-punca merokok.
-pengaruh rakan sebaya/idola /ibu bapa
-pengaruh iklan
-ingin mencuba
-lemah jati diri
-mudah diperolehi
-mampu dibeli

LANGKAH 3 :
Tayangan slaid berkaitan dengan kesan merokok;

A. Ketagihan:
-buang masa
-kurang daya konsentrasi(tumpuan)

B. Fizikal:
-gigi kekuningan
-letih lesu
-mengantuk
-nafas berbau

C. Penyakit:
-kanser paru-paru
-sakit jantung
-asma
-batuk kering

D. Ekonomi:
-pembaziran wang

E. Prestasi merosot:
-disiplin
-akademik
-kokurikulum

LANGKAH 4:
1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan .
2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid .

PENUTUP:
Guru meminta murid melaungkan slogan berikut secara beramai - ramai .
-'KAMI BENCI ROKOK'
-'KAMI TAK NAK MEROKOK'

BAHAN BANTU MENGAJAR :
Slaid power point
Lembaran Kerja
Lingkaran ubat nyamuk
Mancis


JURULATIH UTAMA PROSIDAR
DAERAH KLUANG

Cuma Lima Minit Anti Dadah di Sekolah

Mari menonton video klip.....

Dadah membunuh

Kempen Anti Dadah

Montaj Penyalahgunaan Dadah

Dari AADK

Dari AADK