Montaj Kempen Anti Dadah

PROSIDAR:TAHUN 3:TOPIK 2

RINGKASAN MENGAJAR PROSIDAR:

TAHUN 3:

TOPIK : 2
TAJUK : Bagaimana mengatakan TIDAK kepada rokok.
MASA :
KELAS : Tahun 3
OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran , murid dapat :

i) menyatakan bahaya merokok.
ii) menolak ajakan menjadi perokok.
iii) mengelakkan diri daripada menjadi seorang perokok dan membenci rokok.

ISI KANDUNGAN :
Kemahiran menyatakan "TIDAK" pada rokok .

LANGKAH :
SET INDUKSI :
Guru menayangkan laid orang sedang merokok .

LANGKAH 1 :
Bersoal jawab tentang gambar untuk mengesan pengetahuan murid .

LANGKAH 2:
Tayangan slaid kesan - kesan merokok
-penyakit kanser , kuning gigi , nafas berbau dan pembaziran .

LANGKAH 3 :
Murid-murid melakonkan dialog berdasarkan skrip yang disediakan oleh guru .

LANGKAH 4:
1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan .
2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid .

PENUTUP:
Guru dan murid sama - sama berpantun .

AYAM BERKOKOK DI ATAS BUKIT,
HISAP ROKOK DAPAT PENYAKIT .

BAHAN BANTU MENGAJAR :
Slaid power point
Lembaran Kerja
Skrip lakonan


JURULATIH UTAMA PROSIDAR
DAERAH KLUANG

Cuma Lima Minit Anti Dadah di Sekolah

Mari menonton video klip.....

Dadah membunuh

Kempen Anti Dadah

Montaj Penyalahgunaan Dadah

Dari AADK

Dari AADK