Montaj Kempen Anti Dadah

PROSIDAR:TAHUN 4:TOPIK 2

RINGKASAN MENGAJAR PROSIDAR:

TAHUN 4:

TOPIK : 2
TAJUK : Jenis-jenis dadah,inhalan,dan air daun ketum/biak
MASA :
KELAS : Tahun 4
OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran , murid dapat :

i) mengenal pasti jenis-jenis dadah , inhalan dan air daun ketum/biak .
ii) menyenaraikan jenis-jenis dadah,inhalan dan air daun ketum/biak .

ISI KANDUNGAN :
Jenis - jenis dadah , inhalan dan air daun ketum/biak.

LANGKAH :
SET INDUKSI :
Guru memperdengarkan lagu 'Dadah Durjana' dan meminta murid memahami lirik lagu tersebut

LANGKAH 1 :
Guru meminta murid-murid menyatakan mesej lagu tersebut .

LANGKAH 2:
1. Guru menayangkan slaid tentang jenis-jenis dadah , inhalan dan daun ketum/biak.
2. Guru memberi penerangan tentang bahan-bahan yang ditayangkan
3. Guru dan murid bersoal jawab tentang tayangan tersebut .

LANGKAH 3:
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
2. Guru mengedarkan kertas bergambar (jenis-jenis dadah,inhalan dan daun ketum/biak) kepada setiap kumpulan .
3. Setiap kumpulan dikehendaki menggunting , menampal dan melabel gambar-gambar untuk dijadikan buku skrap.

LANGKAH 4 :
1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan .
2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid .

PENUTUP:
Guru dan murid menyanyikan lagu 'Dadah Durjana' dengan iringan muzik .

BAHAN BANTU MENGAJAR :
Slaid power point
Lembaran Kerja
Kertas A4
Gunting dan gam
Kertas bergambar

JURULATIH UTAMA PROSIDAR
DAERAH KLUANG

Cuma Lima Minit Anti Dadah di Sekolah

Mari menonton video klip.....

Dadah membunuh

Kempen Anti Dadah

Montaj Penyalahgunaan Dadah

Dari AADK

Dari AADK