Montaj Kempen Anti Dadah

PROSIDAR:TAHUN 4:TOPIK 3

RINGKASAN MENGAJAR PROSIDAR:

TAHUN 4:

TOPIK : 3
TAJUK : Kesan dan akibat penagihan dadah
MASA :
KELAS : Tahun 4
OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran , murid dapat :

i) menyatakan kesan penggunaan dadah kepada diri , keluarga dan masyarakat.
ii) menyenaraikan kesan-kesan penggunaan dadah daripada aspek diri , keluarga dan masyarakat .
iii) menyatakan rasa takut dan benci akan dadah .

ISI KANDUNGAN :
Kesan dan akibat penagihan dadah terhadap diri,keluarga dan masyarakat .

LANGKAH :
SET INDUKSI :
1. Guru mempamerkan dua keping gambar iaitu orang yang sihat dan penagih dadah.
2. Guru dan murid berbincang tentang gambar tersebut .

LANGKAH 1 :
1. Guru meminta murid menyatakan ciri-ciri fizikal seorang penagih dadah.
2. Murid menulis ciri-ciri fizikal seorang penagih dadah
3. Guru dan murid berbincang tentang ciri-ciri fizikal penagih dadah .

LANGKAH 2:
1. Guru menayangkan slaid tentang kesan-kesan penagihan dadah kepada diri , keluarga dan masyarakat
2. Guru mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan .
3. Murid berbincang dalam kumpulan tentang aspek-aspek berikut:
- kesan dadah terhadap diri sendiri
- kesan dadah terhadap keluarga
- kesan dadah terhadap masyarakat
4. Wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan
5. Guru membuat rumuan hasil perbincangan

LANGKAH 3 :
1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan .
2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid .

PENUTUP:
Murid dan guru menyanyikan lagu 'Mari Benci Dadah'

BAHAN BANTU MENGAJAR :
Slaid power point
Lembaran Kerja

JURULATIH UTAMA PROSIDAR
DAERAH KLUANG

Cuma Lima Minit Anti Dadah di Sekolah

Mari menonton video klip.....

Dadah membunuh

Kempen Anti Dadah

Montaj Penyalahgunaan Dadah

Dari AADK

Dari AADK