Montaj Kempen Anti Dadah

PROSIDAR:TAHUN 5:TOPIK 1

RINGKASAN MENGAJAR PROSIDAR:

TAHUN 5:

TOPIK : 1
TAJUK : Faktor-faktor penagihan dadah
MASA :
KELAS : Tahun 5
OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran , murid dapat :

i) menyatakan faktor-faktor penyebab berlakunya penagihan dadah
ii) menyenaraikan cara-cara melindungi diri daripada ancaman dadah
iii) menyatakan rasa takut akan dadah

ISI KANDUNGAN :
Faktor - faktor yang menyebabkan berlakunya penagihan dadah dalam kalangan murid dan remaja .

LANGKAH :
SET INDUKSI :
Guru menayangkan dokumentari 'Dadah Pembunuh' tentang masalah penggunaan dadah dalam kalangan masyarakat di negara ini .

LANGKAH 1 :
1.Guru menanyakan sebab - sebab seseorang terjerumus dengan penggunaan dadah berdasarkan pengetahuan sedia ada murid .
2. Guru menayangkan slaid 'sepuluh anak muda' berkenaan faktor-faktor seseorang itu terlibat dengan penggunaan dadah .
3. Guru dan murid berbincang tentang faktor-faktor seseorang itu terlibat dengan penggunaan dadah .

LANGKAH 2:
1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan
2. Guru meminta setiap kumpulan berbincang tentang cara-cara mengelakkan diri daripada ancaman dadah .
3. Setiap kumpulan diminta menyatakan hasil perbincangan mereka secara lisan
4. Guru membuat rumuan

LANGKAH 3 :
1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan .
2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid .

PENUTUP:
Guru membuat rumusan keseluruhan

BAHAN BANTU MENGAJAR :
Slaid power point
Lembaran Kerja
Klip video

JURULATIH UTAMA PROSIDAR
DAERAH KLUANG

Cuma Lima Minit Anti Dadah di Sekolah

Mari menonton video klip.....

Dadah membunuh

Kempen Anti Dadah

Montaj Penyalahgunaan Dadah

Dari AADK

Dari AADK