Montaj Kempen Anti Dadah

PROSIDAR:TAHUN 6:TOPIK 2

RINGKASAN MENGAJAR PROSIDAR:

TAHUN 6:

TOPIK : 2
TAJUK : Kesan penggunaan dadah daripada aspek sosial , ekonomi , keselamatan dan kesihatan .
MASA :
KELAS : Tahun 6
OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran , murid dapat :

i) menyebut secara lisan bahaya dadah.
ii) menyatakan akibat penggunaan dadah daripada aspek sosial , ekonomi , keselamatan negara dan HIV/AIDS.

ISI KANDUNGAN :
Kesan penggunaan dadah daripada aspek:
-sosial
-ekonomi
-keselamatan negara
-HIV/AIDS

LANGKAH :
SET INDUKSI :
-Guru menayangkan klip video 'Anakku Sazali'
-Guru bersoal jawab tentang pengetahuan sedia ada murid berkaitan masalah sosial .

LANGKAH 1 :
1. Murid diminta membuat perbincangan dalam kumpulan tentang kesan penggunaan dadah daripada aspek:

A.SOSIAL:
-Runtuhnya nilai-nilai agama serta nilai murni (biadap dan tidak berakhlak serta tidak bermoral terhadap ibu bapa , keluarga dan masyarakat .
-Kadar jenayah meningkat (mencuri,menipu,peras ugut, meragut dan lain lain )
-ponteng sekolah
-lepak
-vandalisme

B.EKONOMI:
-kekurangan tenaga kerja
-pembangunan tergendala
-pembaziran
-produktiviti berkurangan

C.KESELAMATAN NEGARA:
-keselamatan negara terancam
-musuh negara mengaut keuntungan
-menggalakkan rasuah

D.HIV/AIDS:
-membawa maut
-maruah bangsa dan negara tercemar dan tergadai.

2. Murid diminta membuat perbentangan .

LANGKAH 2 :
1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan .
2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid .

PENUTUP:
Guru memberi penekanan supaya menjauhi dadah kerana memberi kesan kepada aspek sosial , ekonomi , keselamatan negara dan kesihatan .

BAHAN BANTU MENGAJAR :
Slaid power point
Lembaran Kerja
Klip video

JURULATIH UTAMA PROSIDAR
DAERAH KLUANG

Cuma Lima Minit Anti Dadah di Sekolah

Mari menonton video klip.....

Dadah membunuh

Kempen Anti Dadah

Montaj Penyalahgunaan Dadah

Dari AADK

Dari AADK